Wednesday 19 October 2016

Keperluan Guru Ganti di sekolah menjadi semakin penting berikutan pelaksanaan beberapa dasar Kementerian Pendidikan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan, NKRA pendidikan, MBMMBI, KSSR dan Pelan Strategik Interim.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengetua selaku Ketua Jabatan menguruskan pengambilan dan pelantikan Guru Ganti untuk mengisi kekosongan sementara yang berlaku di sekolah di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing dengan sistematik.

1.    PROSEDUR PENGAMBILAN & PELANTIKAN GURU GANTI
Guru Ganti boleh dilantik bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah apabila terdapat guru yang bercuti atau menjalankan tugas rasmi di luar sekolah dalam jangkamasa tidak kurang 14 hari termasuk cuti mingguan dan kelepasan am) dan tidak melebihi 365 hari.

Pengambilan Guru Ganti hanya dibenarkan untuk perkara seperti berikut:-
a)    guru yang diluluskan Cuti Bersalin 60 hari hingga 90 hari;
b)   guru yang Cuti Sakit melebihi 14 hari secara berterusan (termasuk cuti mingguan dan kelepasan am).
c)  guru yang diluluskan Cuti Tanpa Gaji/ Berkursus melebihi 14 hari terus-menerus (termasuk cuti mingguan dan kelepasan am) namun tidak melebihi 1 tahun;
d)  guru yang tidak hadir bertugas secara berterusan melebihi 14 hari (termasuk cuti mingguan dan kelepasan am);
e)   guru yang sedang digantung kerja daripada bertugas di bawah peraturan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Pindaan 2002.
f)       guru yang diluluskan Cuti Menunaikan Haji

Ketua Jabatan perlu memastikan peruntukan mencukupi sebelum sebarang pengambilan/ pelantikan Guru Ganti diteruskan. Sekiranya ada keperluan pelantikan bagi menggantikan guru yang tidak pernah disenaraikan dalam unjuran keperluan yang dikemukakan kepada JPN pada peringkat awal, maka Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengetua perlu merujuk dan mengemukakan unjuran keperluan tersebut menggunakan Lampiran G kepada unit/sektor yang bertanggungjawab.

2.    PERMOHONAN SEBAGAI CALON GURU GANTI

Calon yang berminat untuk menjadi Guru Ganti perlu mengisi Borang Permohonan Guru Ganti (Borang CGG) dan mengemukakannya kepada Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengetua sekolah bersama dengan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil SPM dan sijil akademik tertinggi (sekiranya ada). Slip keputusan peperiksaan atau transkrip peperiksaan tidak sah digunakan untuk proses lantikan. 

3.   PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PEMILIHAN & PELANTIKAN GURU GANTI
Sekiranya sekolah memerlukan Guru Ganti, Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengetua bagi PPD/ sekolah berstatus PTJ perlu menemuduga calon Guru Ganti seterusnya melantik calon Guru Ganti yang layak dan memenuhi syarat seperti berikut:
a)    Guru Ganti hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia;
b)    Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah;
c)    Sihat tubuh badan;
d)    Memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf;
e)  Memiliki kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam empat mata Pendidikan lain termasuk mata Pendidikan yang diajar;
f)  Bagi lantikan Guru Agama, calon-calon hendaklah memiliki kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di Peringkat SPM, mata Pendidikan Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi;
g)  Calon-calon yang memiliki Sijil STPM hendaklah lulus sekurang-kurangnya 3 mata Pendidikan atas Gred C dengan NGMP 2.00 dan lulus Pengajian Am sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00 dalam satu peperiksaan STPM. (Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 yang dilampirkan). 

4.    SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN GURU GANTI
a)   Guru Ganti tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).
b)  Tempoh perkhidmatan Guru Ganti hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan bagi satu-satu pelantikan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan sehingga tiga (3) bulan lagi namun tidak melebihi 365 hari.
c)  Waktu kerja adalah mengikut jadual guru yang diganti di sekolah bagi hari bekerja (persekolahan) sahaja.
d)  Guru Ganti perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum di waktu petang sepertu tugas guru tetap yang digantikan oleh beliau.
e)    Guru Ganti tidak dibenarkan bertugas di luar sekolah seperti guru tetap. 

5.    SURAT PELANTIKAN DAN PERUNTUKAN GURU GANTI
Surat pelantikan diurus di peringkat PTJ masing-masing dan peruntukan perlu dipohon kepada sektor/ unit yang berkaitan seperti jadual di bawah:

BIL
SEKOLAH
Pihak Bertanggungjawab Menguruskan Pelantikan & Peruntukan Guru Ganti
Unit/ Sektor Yang Menyelia Peruntukan di JPN Sarawak
1
SMK
(SM Harian / Bestari)
SMK
(SM Harian/Bestari)
Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)
SMK Bukan PTJ
Pegawai Pendidikan Daerah
(PPD - Pejabat Pendidikan Daerah)
2
SK Harian
[SK & SJK(C)]
Pegawai Pendidikan Daerah
(PPD - Pejabat Pendidikan Daerah)
Unit Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)
3
SMKA/ SABK[Men]
Pengetua
(SMKA/ SABK[Men])
Sektor Pendidikan Islam (SPI)



6.      KELAYAKAN AKADEMIK GURU GANTI
a)      Sekolah Menengah      :          SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah
b)      Sekolah Rendah          :          SPM/ STPM/ Diploma



7.    KADAR UPAH DAN KEMUDAHAN
a)  Guru Ganti tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang Guru Ganti tidak hadir bertugas. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan memerlukan untuk Guru Ganti hadir bertugas (kecuali bertugas di luar kawasan) pada Sabtu dan Ahad, pembayaran upah boleh dibayar sekiranya mendapat arahan bertulis oleh Ketua Jabatan dan mendapat kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah.
b)   Tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.
c)   Tidak layak Pinjaman Kenderaan/ Perumahan
d)   Tidak layak Rawatan Perubatan di Luar Negeri
e)   Kadar upah Guru Ganti ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2011: 
KELAYAKAN AKEDEMIK
UPAH (RM/SEHARI)
Ijazah Sarjana Muda
100.00
Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia/ Diploma
72.00
Sijil Pendidikan Malaysia
54.00

8.    PEMBAYARAN UPAH/ GAJI
a)  PTJ hendaklah membayar upah/ gaji Guru Ganti pada setiap penghujung bulan sehingga perkhidmatan tamat.
b)   Caruman KWSP majikan (13%) dan pekerja (11%) hendaklah dijelaskan mengikut kadar dan tempoh seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP bagi mengelakkan denda dikenakan ke atas PTJ.

Contoh Pengiraan Upah:

Nama Guru                       : Guru A
Kelayakan Akademik        : Ijazah
Tempoh Berkhidmat         : 08 Ogos – 06 November 2016
Elaun Sehari                    : RM 100.00
*Peringatan: Bagi kadar caruman KWSP Majikan (13%), sila rujuk JADUAL KETIGA (Subseksyen 43(1)) KADAR CARUMAN BULANAN yang boleh dimuat turun melalui laman web KWSP.     

9.    PENAMATAN PERKHIDMATAN GURU GANTI
a)    Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang Guru Ganti apabila perkhidmatan tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan Guru Ganti berkenaan masih belum tamat dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya 3 hari bekerja.
b)    Ketua Jabatan berhak untuk menamatkan perkhidmatan Guru Ganti sekiranya mereka memberi maklumat palsu dan didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan atau melanggar undang-undang negara. 

1 comment: